Tempat Best di Melaka

Assalamualaikum and hello everyone!

Harini kita nak post pasal tempat-tempat yang kita singgah kat Melaka haritu. Wohooooo.... eh hahahaha

Kalau nak diikutkan, semua tempat kat Melaka tu dah banyak kali singgah. Pasal dulu tiga tahun belajar di Melaka (dah mention last post), so kalini kita buat trip banyak pasal makan. tapi yang makan tunggu okay, kita post pasal tempat dulu.

Ni senarai tempat yang kita pergi.

1. Freeport A'Famosa Outlet
2. Hotel Temasek
3. Bangunan Stadthuys (Bangunan Merah)
4. Dataran Pahlawan
5. Jonker Walk
6. Zoo Melaka
7. Pantai Klebang
8. Muzium Penjara
9. Kota A'Famosa

Okay. Straight to the point je, takyah larat-larat tempat lain ๐Ÿ˜

Freeport Premium Outlet ni lebih kurang je macam Johor Premium Outlet (JPO) tu. Syurga shopping! Siapa yang tak tahan nafsu shopping dia boleh habis beribu hahah.. Kalini kita pergi terkejut sebab ramai orang hahaha sebab dulu suka pergi Melaka masa weekdays, tapi kali ni kita nak serbu Jonker Walk sebab tu kena pergi weekend. Panas Melaka jangan cakap eh, nampak je macam takde pape, sebenarnya panas tu Allah saje yang tahu. Oh lupa! Parking free je tau, entrance outlet ada dua, boleh pilih nak masuk yang mana. Nak bagi tips ni, cari parking yang dekat dengan entrance pasal jauh nak menapak hahahahahaha




Next!

Lepas Freeport Premium Outlet, kita check-in hotel. Kita dah book siap-siap through Agoda. Kalau nak kita bagi tips pasal pemilihan hotel ni kan, kita suggest awak buat comparison between Agoda and Booking.com, and buat comparison dengan device yang berlainan. Kadang-kadang device yang berlainan pun boleh effect harga (selalu dapat Agoda yang murah, booking.com ada lah jugak). Hahaha punya bercerita pasal tips, kita lupa nak bagitau yang kita check-in Hotel Temasek, Jalan Ujong Pasir. Kali ni kita cari hotel yang ada parking, sebab kalau cari parking area Jonker Walk takut ganggu night market dia and nak drive out susah. Tapi tapi tapi! Hotel Temasek ni agak jauh dengan bandar kalau nak berjalan kaki, around 2km macamtu. Kalau awak drive, around 5 minutes macamtu kalau tak jem. 

Alhamdulillah bilik semua okay, tandas pun okay. Cuma cuma cuma kebersihan je lemah sedikit sebab lantai bilik berpasir dan berhabuk. Kita ni jenis suka duduk atas lantai, apatah lagi bila makan (takkan nak makan atas katil pulak kan). Pastu hari mula yang check-in tu je Zuna macam tak pandai setting aircond so bilik jadi panas tapi nasib baik Izzati pandai setting, so malam tu sejuk macam yang diinginkan. Receptionist pun okay, friendly and sangat membantu. Parking untuk guest, hotel akan bagi kad parking (minta di kaunter) tapi awak kena masukkan balik dalam peti dekat palang nak keluar tu, sebab masuk tak perlukan kad parking. So nak keluar je pergi minta kad parking dekat kaunter okay, jangan malas macam Zuna hahahahah



Next!

Lepas check-in hotel, lepak jap dalam 30 minit camtu baru keluar ke bandar. Kita pusing punya pusing, dapat parking sebelah Dataran Pahlawan. Luckily, dapat parking near to the entrance. Tapi kita tak terus masuk shopping mall okay, kita pergi jalan-jalan area Bangunan Stadthuys. Siang hari pun ramai gila orang, padahal hari bekerja tu. Panas lagi, guna payung pun tak guna. Bertentangan Bangunan Stadthuys ni ada kedai cendol, sedap beb! Keliling tu pulak ada orang jual souvenirs and paling best sekali beca. Beca kat Melaka ni ranggi tau, dengan dekorasinya dengan musiknya. Kalau malam lagi, warna warni. Ni kita jalan sampai malam tau, sebab nak tunggu Jonker Walk buka, plus malas nak balik hotel. Kaki tak payah cakap la, masa tu semua dah pegang kaki and cari kerusi.






Next!

Untuk mendapatkan keselesaan yang melampau hahahaha over. Lepas kita jalan-jalan area Bangunan Stadthuys, kita masuk Dataran Pahlawan untuk aircond dan toilet. Pusing punya pusing dalam tu, dekat bangunan baru ada 3D Eye Museum and kat luar ada lukisan 3D, so Alif dengan muka tak malunya dengan ada CCTV kat atasnya dengan tak buka kasutnya hahahah sebenarnya nak amik gambar boleh takde masalah, yang masalahnya dia dah tulis dekat situ "sila buka kasut" tapi Alif hahahaha




Next!

Acara paling ditunggu sekali hahahah apa lagi Jonker Walk lah. Walaupun dulu dah tiga tahun di Melaka and hampir setiap dua minggu (dulu masa belajar) pergi Jonker Walk tetap tak pernah balik dengan tangan kosong. Beb, kita habiskan more than RM30 dekat makanan dan air saje. Jonker Walk ni buka sampai pukul 12 malam je tak silap, tapi buka around 6pm macamtu. Sebenarnya, dari siang dah buka dah cuma takde night market jela. Kita pergi malam sebab nak tunggu night market je.

Selalunya orang akan habiskan masa kat Jonker Walk ni 30 minit - 1 jam sebab ramai orang and panas. Orang akan beli barang then tengok barang lain pulak kan, kalau tak beli pun sekadar tengok sambil jalan (window shopping). Yang lama and buat sesaknya bila orang buat jejak kasih tengah-tengah jalan siap berpeluk berlaga pipi hahaha oh ya jangan lupa, kalau siang parking berbayar (kupon) untuk hari isnin-jumaat tau. Sabtu ahad takpe asal parking ikut petak, jangan ikut suka hati parking nanti kena saman bayar sendiri, kita taknak bayarkan sebab kita dah pesan kat awak ๐Ÿ˜




Next!

Esok harinya, kita pergi Zoo Melaka. Masuk tak mahal pun, RM17.00 je. Ni saje je nak menghabiskan masa terluang dengan haiwan-haiwan kat zoo. Memandangkan kita ni memang suka haiwan, habis semua haiwan panggil macam kawan, "woi" "wey" hahahah kesian kat haiwan tu. Dalam tu ada mini zoo tau, syok masuk tapi haiwan dalam tu semua besar-besar. Ada kancil, rusa, zirafah, zebra and macam-macam lagi. Nak tahu kena pergi la tengok! Zoo Melaka ada tram and ada caj tau, sama je macam zoo-zoo lain, cuma kita jalan kaki je sebab nak perhati haiwan-haiwan kat situ, cuma panas sikit la. Kita dapat amik gambar zirafah je sebab dia je macam aktif, kita datang dekat dia, panggil dia, hampir berjalan jugak la dia tapi cepat-cepat kita lari sebab takut hahahaha lagipun haiwan banyak tidur sebab panas sangat.


Next!

Lepas pergi zoo, kita pergi Pantai Klebang. Macam biasa ada la restoran bas tapi malam je bukak, siang tutup. Masa kita pergi tu dia tutup. Yang buka cuma truck kecik yang jual air, buah semua tu. kat Klebang kita tak buat apa sangat, saje amik angin je. Duduk dalam 20 minit pastu balik. Kalau nak meriah, korang kena datang weekend and malam. Kita pergi tu siang, so ada family bawak anak-anak main playground and duduk tepi laut je.




Next!

Esok paginya, kita pergi Muzium Penjara. Entrance fee murah je RM3.00 untuk dewasa. Mula-mula agak seram la sebab penjara kan, siapa je tak seram. Tapi mula tu takde la terus bilik banduan tu, mula tu ada sejarah-sejarah penjara. Abang-abang polis penjara yang jaga muzium tu pun baik hati tolong explain sebab kita macam clueless bila masuk dalam muzium. Satu-satu dorang explain, kita angguk je kepala sebab tak tahu nak respond macammana kan. Lepastu kat tingkat atas ada sejarah penjara mana paling tua, lepas tu ada lukisan yang dilukis oleh banduan, banyak sejarah yang kita boleh amik tauladan dari situ. Lepastu ada bilik banduan yang tidur, untuk pengetahuan umum, bilik banduan dah ditetapkan 10 orang akan tidur satu bilik. Memang berimpit sebab sempit dan memanjang biliknya, ada dua tong untuk buang air kecil dan besar.

Hujung tingkat atas ada bilik hukuman gantung dan area tu tak dibenarkan ambil gambar ya. Banyak la dia tunjuk hukuman-hukuman yang dijalankan kepada pesalah di setiap negara. Memang seram, bilik tu kita masuk sekejap je, jalan pun laju hahahah and turun bawah ada dorang tunjuk macammana pesalah disebat. Lupa nak bagitau, masa kita pergi tu ada lawatan dari sekolah dan kita tak dibenarkan jalan satu kawasan dengan dorang. Dorang ada guide, and diterangkan satu-satu. Kita jalan sendiri, kalau jumpa apa-apa ke lari sendiri je hahahaha lepas tu ada abang polis penjara ni bawak kitorang pergi satu bilik untuk tonton video hukuman sebatan. Baru tahu yang pesalah yang disabitkan hukuman sebatan cuma dibenarkan sebat sebanyak 24 kali sebatan je, kalau melebihi 24 kali sebatan tunggu luka baik then baru sambung sebat. Nak baik luka sebatan tu kena tunggu tiga bulan paling awal. And pesalah yang ada HIV dan seangkatan dengannya, mereka akan menggunakan rotan yang lain and lepas sebat, rotan tu akan dibakar. So banyak pengajaran yang kita dapat dari sini. Contohnya, jangan lah buat benda tak senonoh, buruk padah dia nanti.



Last!

Last sekali sebelum balik, kita singgah Kota A Famosa. Yang ni kita amik gambar dari bawah je sebab kalau naik pun buat sakit pinggang je hahahahah bukan apa kita tak naik sebab dah tahu apa ada atas tu. Tapi takpe kita share je apa ada atas tu okay. Dengan panasnya lagi hahahaha



Dah habis dah! Sampai sini je tempat yang kita lawat masa di Melaka. Melaka ni banyak tau tempat best cuma ini yang berkesempatan. Nanti kita share makanan yang kita makan pulak okay! Stay tuned dearies๐Ÿ’–

Comments