Tempat Makan Best di Johor Bahru

Hi everyone.

Harini kitaorang akan list kan tempat makan best yang ada kat JB. Before kitaorang nak pergi JB, kitaorang buat research dulu. So, inilah hasil carian yang kitaorang dapat kat internet, youtube, Google semua tu. Then, kitaorang pergi untuk rasa sendiri makanan tu semua.

Okay, jom kita start.

First, kitaorang lunch dekat Restoran ZZ Sup Tulang. Restoran ni terletak betul-betul kat bandaraya JB. Suasana restoran dia sangat best. Rasa macam makan kat dalam hutan. Very peaceful and redup je taw sebab banyak pokok-pokok kat situ. Then, kat situ kita boleh makan bersila ala-ala kampung or makan kat meja. Makanan yang special kat sini is MEE REBUS TULANG and SUP TULANG. Kitaorang order mee rebus tulang. Memang terbaik. Sedap sampai terngiang-ngiang bila balik KL. Tulang besar-besar, Bukan semata tulang je taw, Ada daging juga. Memang puas hati kalau makan kat sini. Harga Mee rebus RM16. Bagi kitaorang, the price is still reasonable sebab kau dapat portion yang banyak.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.22 PM
  • Restoran ZZ Sup Tulang
  • Lot 667, JKR Daerah Jln Petrie, Off Jln Mariamah, JB
  • Rate : 4.5/5
Next, kitaorang makan dessert dekat Kg Melayu Majidee. So, untuk dessert, kitaorang makan ABC Special Kg Melayu. Terletak betul-betul depan masjid (lupa nama masjid apa). Kat sini susah sikit nak parking. Jadi, korang kena park kereta dekat perkarangan masjid. ABC kat sini biasa-biasa je. Tapi banyak. Tak kedekut langsung. Harga memang murah gila. Untuk ABC SPECIAL yang kitaorang order ni harga dia RM3. Kalau kat KL, mau RM4-RM6 kan.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.23 PM
  • Medan Selera Azmie Wawa dan Rakan-rakan
  • 17, Jalan Masjid, Kg Melayu Majidee
  • Rate : 3/5
Lepastu, kitaorang pergi makan bubur nasi dekat Taman Sentosa. Gerai bubur nasi ni famous juga dikalangan tourist. Nama kedai diorang is gerai Bubur Nasi Istimewa No 1. Kedai kat sini akan dibuka pada pukul 6pm - 12am. Kat sini banyak sangat kedai bubur nasi. Jadi, maybe akan ramai yang confius. Urmm, to be honest kitaorang tak suka sangat bubur nasi kat sini sebab rasa dia tawar. Kalau makan saja tanpa lauk, memang tak boleh go. Lain orang, lain lidah dia. Mana tahu lidah korang rasa lain kan. Hihi. Tapi, diorang ada sediakan lauk untuk setiap bubur nasi yang korang order. Disebabkan kitaorang tak boleh go dengan bubur nasi ni, maka, bubur nasi kitaorang tak habis. Hahaha. For those yang suka bubur nasi, boleh la singgah kedai bubur nasi istimewa ni. Harga pun tak mahal. RM6 sekali dengan lauk.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.23 PM (1)
  • Gerai Bubur Nasi Istimewa No 1
  • 91, Jln Sutera, Tmn Sentosa, 80150 JB.
  • Rate : 2/5
On the next morning, kitaorang beli breakfast kat Salahuddin Bakery. Opeartion hours diorang starting from 8am-2pm (Jumaat tutup). Kitaorang makan karipap je untuk breakfast. Save space untuk lunch. Apa yang membuatkan Salahuddin Bakery ni lain daripada bakery-bakery lain is diorang still process roti diorang guna tangan instead of using machine. Even diorang punya oven pun still guna arang (memang antik wey). Sebab tu la roti-roti dia sedap. Roti-roti dia murah sangat. Price range dalam RM2-RM4. Kitaorang beli karipap sardin and mutton.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.24 PM (1)
  • Salahuddin Bakery
  • 26, Jln Dhoby, Bandar Johor Bahru, JB
  • Rate : 3/5
Next, kitaorang pergi lunch dekat Kfry Urban Holiday Villa. Operation hours diorang 12pm-12am. Makanan kat sini semua sedap, cuma harga dia mahal sikit la. Menu paling special kat sini is CHICKEN BUMBUK. Diorang ada juga cawangan dekat IOI City Mall. Tapi, tak pernah tak full. Kalau pergi weekend, beratur dia Nauzubillah. Panjang gila. Sampai je turn korang, bumbuk chicken dah sold out. So, kitaorang decide nak makan kat JB. Jauhkan nak makan kfry. Hahaha. So, kitaorang order Krazy Spicy Cheesy Chicken Bumbuk. Harga dia RM49.90 (tak silap). Chicken bumbuk dia sangat la recommended. Sedap sangat-sangat.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.25 PM (1)
  • Kfry Urban Holiday Villa
  • No. 260, Jln Dato Sulaiman, Tmn Abad, 80250 JB
  • Rate : 5/5
Untuk makan petang pula, kitaorang singgah Warung Boyan. Warung ni betul-betul dekat kawasan perkuburan cina. Tapi tempat dia tak la scary sangat. Kalau pergi malam scary la kot. Hahaha. Makanan yang best kat sini ialah bakso. Meatball diorang pun banyak. Ada juga makanan lain macam satay. Price range RM4-RM7. Korang kalau datang sini kena try taw bakso dia.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.26 PM
  • Warung Boyan
  • Jln Pujaan, Tmn Dato Onn, 80350 JB
  • Rate : 4/5
Next, kitaorang pergi Kedai Coklat Murah JB. Coklat kat sini boleh tahan murah juga la. Tapi, korang tak boleh la nak expect harga dia murah macam kat Langkawi tu. Kat sini banyak chocolate yang rare yang takde jual kat pasaraya-pasaraya lain. Siapa yang nak beli coklat-coklat rare, boleh la datang beli kat sini.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.26 PM (1)
  • Kedai Coklat Murah JB
  • Kawasan Perindustrian Dato Onn, 80350 JB
For dinner, kitaorang makan steamboat luton van. Dulu steamboat ni ada jual kat Dataran Bandaraya. Tapi, sekarang diorang dah pindah dekat Bandar Baru Uda. Ada banyak van-van yang jual steamboat. So, korang boleh pilih je nak beli steamboat kat van mana. Harga depends pada warna yang ada pada lidi tu. Ada yang RM1, paling mahal pun RM2 ke RM 2.50 macam tu. Jadi, pilih la berpada-pada ye. Takut terlebih ambi nanti mahal la jadinya. Hihihi.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.27 PM (1)
  • Medan Steamboat Luton Van
  • Jln Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda (depan RHB Bank)
  • Rate : 3.5/5
For the last day, kitaorang breakfast makanan yang paling famous kat JB which is Kacang Pool. Before this pernah je try kacang pool yang jual kat area KL ni. Tapi, rasa dia tak sama. Gerai kacang pool yang famous dekat JB ni ialah Kacang Pool Haji, Larkin. Dekat dengan balai bomba Larkin. Kacang pool ni dihidangkan dengan telur mata kerbau, hirisan bawang dan juga cili and dimakan bersama-sama dengan roti. Rasa dia sedap sangat. Sampai kitaorang tapau bawa balik KL. Tak basi langsung. Harga untuk satu set kacang pool ialah RM6.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.28 PM
  • Kacang Pool Haji
  • No 3, Medan Selera Larkin Bomba (sebelah Balai bomba dan penyelamat Johor)
  • Rate : 4.5/5
Untuk lunch pula kitaorang makan dekat Restoran Big Food F&B. Kenapa nama dia Big Food? Sebab portion makanan dia sangat la besar sampai boleh share bertiga. Kitaorang order chicken chop and spaghetti carbonara. Operation hours diorang start from 3pm - 12am (Isnin tutup). Harga makanan pun for us is still affordable and reasonable untuk portion dia tu. Siapa yang suka makan banyak-banyak, boleh la singgah restoran ni. Tak menyesal punya.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.29 PM (1)
  • Restoran Big Food F&B
  • No 1, Jln Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80200 JB
  • Rate : 4/5
Lastly before balik, kitaorang singgah makan murtabak cheese. Murtabak cheese ni sangat-sangat sedap. Tak payah makan dengan kuah dia pun dah rasa. Memang sangat recommended. Cheese dia meleleh-leleh. Sampai berebut kitaorang bertiga ni. Hahaha. Makan macam pirana, sekali letak licin terus. Diorang ni tak kedekut cheese langsung. Haihhh, kecur pula air liur den. Price range murtabak ni starting from RM10-RM20. Tapi, dah alang-alang sampai JB ni, satu kerugian besar la kalau tak makan murtabak cheese. Waktu operasi pula bermula dari 12pm - 6pm. So, for those yang nak makan murtabak cheese ni dinasihatkan untuk pergi awal sebab takut kang, lambat-lambat habis pula.

WhatsApp Image 2018-03-19 at 2.39.30 PM
  • Majid Murtabak Special No 1
  • Jln Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 JB
  • Rate : 5/5
Okay guys, sampai sini je la trip kitaorang ke JB. InsyaAllah, nanti kitaorang post tempat best and tempat makan best dekat Cameron Highlands pula kayy. Stay tuned.

Bye ♥

Comments