Tempat Best di Johor Bahru

Hello.

Ni senarai tempat yang kami sempat singgah di Johor Bahru!
1. Johor Premium Outlet (JPO)
2. Country Garden Danga Bay
3. Kilang Bateri
4. Legoland
5. Istana Bukit Serene
6. Bazar Karat
7. Puteri Harbour
8. Forest City
9. RnF Tanjung Puteri
10. Stadium Tertutup JDT

First one was Johor Premium Outlet. Syurga shopping beb! For those yang minat shopping boleh singgah sini. Macam-macam ado🤩 Untuk yang macam zaz ni, kami ni jenis suka window shopping je. Bukan tak minat tapi kurang😅 takat nak penuhkan iCloud storage ha boleh la singgah hahaha


  • Johor Premium Outlet
  • Jalan Premium Outlets Indahpura 81000 Kulai Johor
  • Parking: RM3.00 sekali masuk (tak silap)
Next was we went to Country Garden Danga Bay. Kenapa tempat ni dipanggil "Country Garden"? Sebab dalam tengah-tengah bandau tiba-tiba ada pantai ada pokok kelapa dibuai angin laut pastu tepi-tepi garden tu ada condo sampai 7-8 block. Syok dibuai angin bila laut pasang, view masyaAllah cantik. Tang laut tak pasang kau macam tengok pantai kosong. Tapi pantai tu tak boleh mandi ya! Masa zaz pergi, dorang tengah tambak pantai taktahulah nak buat apa hahah pantai tu siap ada replika haiwan laut tau macam ketam sotong kerang, omell angat🐚🦀🐙


  • Country Garden Danga Bay
  • Jalan Bertingkat Skudai 80200 Johor
  • Parking: FREE (sebab zaz park kereta kat tempat parking condo yang baru nak operate) sekarang maybe kena bayar (not sure)
Next was zaz pergi Kilang Bateri. Tempat ni dikenali sebagai "Hipster" sebab ramai ngat budak hipster lepak sini. Zaz tak hispter makanya kami hanya tinggalkan tapak kaki je kat sini. Barangan semua boleh tahan, ada yang affordable and ada yang expensive. Untuk zaz yang hanya menjalankan percutian bajet, zaz hanya penuh storage iCloud je hahah Buat yang teringin nak menapak di Kilang Bateri, sila lah. One of famous places in Johor Bahru tau, siapa yang singgah Johor Bahru kena datang sini. Feels the "hipster" by yourself 💪🏻 (abaikan muka zaz, masing-masing masih car-lagged)


  • Kilang Bateri
  • No. 83, Jalan Tampoi 82800 Johor Bahru
  • Parking: FREE
  • Entrance: FREE
Fourth places was LEGOLAND!!! the best one so far tapi zaz tak masuk dalam pun. Entrance fee around RM100++ kot, zaz tak sure. Affordable untuk orang yang mampu, expensive untuk orang yang macam kami. Kalau awak semua mampu, sila kan. Masa kecik dapat main lego sekecil-kecil barang mainan lain, ha sekarang dah jadi gergasi lagi besar dari zaz. Main lah kat situ sampai puas. Tapi macam biasa zaz ni kan suka penuhkan iCloud, kami bergambar jela kat situ. Panas ya rabb jangan cakap, situ tempat terbuka tau memang panas. Kalau pergi masa musim panas lagi ya Allah jangan lupa bawa payung ya.


  • Legoland Johor Bahru
  • Jalan Legoland Medini 78250 Nusajaya Johor
  • Parking: Berbayar (zaz tak ingat😭)
Selain tempat-tempat kat atas ni, zaz ada singgah Istana Bukit Serene. Maigod so pweetyyy. You guys should go and see this by yourself. The crown bling bling bling👑 tapi kena singgah malam la. Kalau singgah siang tak nampak la bling bling tu. Really nice to watch it from close distance, that was first time for us too. Nak bergambo memang tak hengat diri la masing-masing masa tu. Memang cantik, untuk pelancong macam kami. Kalau dah hari-hari lalu and still amazed dengan crown tu, you're must be a true Johorian right there👍🏻


  • Istana Bukit Serene
  • Parking: FREE
Next was we went to Bazar Karat! Bazar Karat ni something like a downtown place la. Jual barangan souveniers, tshirt, bundles, accessories and banyak lagi. For those yang teringin nak singgah Bazar Karat ni, zaz mengesyorkan sangat sebab this is one of the famous places also. Kalau tanya orang kat Johor Bahru tempat apa yang best, one of the answer must be Bazar Karat. Masa zaz pergi mostly baru nak bukak kedai, so kami dapat amik gambar yang ini je.


  • Bazar Karat
  • Parking: Siang berkupon, malam FREE
Next was Puteri Harbour. Tempat parking kapal yang macam gambar di bawah ni. Hahaha zaz tak ingat nama bot macamni. Puteri Harbour ni pun ada bangunan macam shoplot tu tau. Siapa pernah pi Publika, Kuala Lumpur? Ha dia punya shoplot lebih kurang sama. Zaz tak cakap sama 100% tapi lebih kurang. Ada kedai Superheros, ada kedai Hello Kitties, and ada macam2 lagi. Shoplot kat sini suitable for kids tau, sebab kedai Hello Kitties ada playground tau. Sure la ada entrance fee, tapi zaz tak sure berapa. Maybe RM70++, you guys kena search kat google sendiri la ya. Tempat ni tempat terbuka, incase kalau hujan or panas please bring your own umbrella🌂


  • Puteri Harbour
  • Parking: FREE
Also, we went to Forest City. Tempat ni lebih kurang ja sama macam Country Garden. Cuma di lokasi yang berbeza. Masa zaz pergi, tempat ni masih dalam construction tau. Cuma pantai dia sahaja yang boleh kami pergi and still lalu dalam bangunan untuk ke pantai tu. Memang cantik, tak tipu. Kagum dengan dorang punya design and everything. Tapi panas tau, and tempat terbuka lagi sekali. Hahaha


  • Forest City
  • Parking: FREE
Next was we went to RnF Tanjung Puteri. Tempat ni boleh jadi tempat sight-seeing negara jiran which is Singapore. Tempat ni jugak salah satu tempat yang akan jadi kawasan perumahan bertingkat which is condominium. Masa zaz pergi tu pun masih dalam construction and hujan renyai, dapat sight-seeing sekejap je sebab lupa bawak payung😂


  • RnF Tanjung Puteri
  • Parking: FREE
Finally, last place goes to Stadium Tertutup JDT! Stadium ni hanya untuk player menjalani latihan je. Besar tak payah cakap, dengan biru menyala. Memang cantik, tapi zaz tak pandai amik gambar so jadi la macam gambar bawah ni. Hahaha lalu tepi pun jadi la, asalkan sampai😜


  • Stadium Tertutup JDT
  • Parking: FREE sebab tepi jalan je😂
Dah habis dah. Nanti tunggu next post pulak.
Bye♥️

Comments